nak kahwin pon kena ada borang bagi kebenaran berkahwin tau. so semua yg melibatkan hal-hal perkahwinan perlu mengikut terma dah syarat untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Permohonan berkahwin ni ada dua part. satu bagi pihak lelaki ,kedua melibatkan yg perempaun.
Borang Kebenaran Berkahwin: Lelaki.
Memandangkan Mr.Him org johor tapi dia bekerja di kl. jadi dia ada 2 option samada untuk ambil borang di pejabat agama johor dan mengikut prosedur johor ataupun di pejabat agama wilayah persekutuan dan ikut prosedur JAWI.
jadi untuk melancarkan segala urusan dan tidak mahu rasa susah untuk ulang alik ke Johor, maka dia ambil borang di JAWI. tapi kalau tak nk ambil pon boleh download je borang tu dalam website JAWI. lepas complete isi borang nikah, dia perlu dapatkan tandatangan atau pon cop dari imam/jurunikah tempat bermastautin. bila dah siap semua. baru boleh hantar semua borang berserta dgn dokumen-dokumen berikut :
1) sijil kursus kahwin
2) Keputusan HIV test
3)Surat akuan bujang
4) Salinan IC pemohon dan pasangan.
5) Borang Bermastautin
bila dah complete semua tu. boleh hantar ke JAWI dan tak perlu bawa saksi. hanya negeri sembilan,melaka,kelantan,pahang dan sarawak tak perlu bawa saksi. negeri2 lain, kena bawak 2 saksi dan make sure, prepare salinan ic untuk saksi-saksi berkenaan.
bila dah dapat borang kebenaran berkahwin, boleh la bagi ke pihak perempaun.
Borang Kebenaran Berkahwin: Perempuan.
Aku asal negeri sembilan. dan aku nak nikah di negeri sembilan. so aku ambil borang di pejabat agama islam jempol. borang boleh pegi ambil di pejabat agama tu, ataupon download.tapi aku ambik dekat imam jurunikah tempat aku je sbb dia sentiasa ada borang nikah tu.
bila kita dh ambil borang tu, so isikan bahagian yg perlu sahaja. aku hanya isi bahagian yg telah ditanda oleh imam jurunikah tempat aku. jangan lupa bahagian wali. mcm aku, abg aku jadi wali. so dapatkan tandatgn dia. kalau kes mcm aku ni, kena ada surat kematian bapa dan salinan. sbg buktikan . bila dah selesai isi borang, sila kemas dan kepilkan segala dokumen-dokumen yg kita nak hantar ke pejabat agama. dokumen-dokumen tu ialah:
1) sijil kursus kahwin
2) Keputusan HIV test
3)Surat akuan bujang
4) Salinan IC pemohon dan pasangan dan wali
5) salinan sijil kelahiran wali
6) sijil kematian bapa
7) borang kebenaran berkahwin dari pihak lelaki
8) sijil nikah ibu bapa- ini untuk anak sulung shj,kalau bukan anak sulung tak perlu.
so bayar RM 5 untuk proses. so tunggu tiga hari baru boleh dapat. actually yg ni bergantung pada pejabat agama negeri. berape lama masa yg dieorg perlukan untuk proses borang kebenaran bernikah tu. bila dah dapat, boleh serahkan kepada imam jurunikah.
setel! hanya tunggu hari untuk dinikahkan sahaja. nampak rumit kan.tapi mmg rumit. gud luck ye ladies.

6 Comments:
sekarangkan cik jee, anak sulung ke kedua ke bongsu ke kena dah bagi sijil nikah ibu bapa.. mcm saya anak bongsu pun dah kena bagi sijil nikah parents.. huhu..
mesti banyak keje kan.. sy belum buat apa2 lagi..kursus kawin pn baru terhegeh2 nak pergi.
surat akuan bujang, perempuan pun kena ekh? ingat lelaki je.. ;)
yeke cik hanny, jee g hntr haritu die kate tak perlu...mungkin lain negeri lain prosedur kot...mmg keje byk...baik g sekarang...nanti bole setelkan cepat...surat bujang mmg kene,sbb jee haritu die ambil yg ori...
Kl senang je.satu hari dh siap.....hehhehe
setiap negeri berbeza la..(;
Hi! I'm bride-to-be Negeri Sembilan jugak, tp kne manage wedding dr jauh. Thanks for the tips!
welcome..gud luck ya untuk mengurusknnya..chaiyokk...(;
Post a Comment